Dunia Kesenian

Friday 9 December 2011

Rancangan Pelajaran Tahunan Dunia Seni Visual Tahun Satu (KSSR)


 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
 DUNIA SENI VISUAL
TAHUN SATU
 
RANCANGAN TAHUNAN   DUNIA SENI VISUAL
TAHUN 1



BIDANG 4 -Kraf Tradisional

BIDANG 4
Tajuk :
Wau @ Layang-layang Hiasan

dalam warna


hitam putih

Hasil kerja murid-murid

Contoh 1

Contoh 2

BIDANG 3 -Membentuk Dan Membuat Binaan

BIDANG 3
Tajuk:
Beruang Span


Bahan/alatan:
span
getah ikat @ benang
manik @ labuci @ butang baju dll.
gam UHU
gunting


Langkah 1
1. Bentukkan span mengikut bentuk yang dikehendaki.
2. Ikat dengan menggunakan benang atau getah.

Langkah 2
1. Span yang telah siap dibentuk.
Langkah 3
1. Sapukan gam pada butang @ manik @ labuci untik membentuk mata, mulut dan hidung.
2. kertas warna boleh juga digunakan bagi mengantikan bahan-bahan di atas.
3. Hias beruang span mengikut kreativiti masing-masing.

BIDANG 2 -Rekaan Corak

BIDANG 2

Tajuk :
Rekaan Corak Stensil
Bahan/Alatan
kertas lukisan
keratan kad manila
pensel
gunting
pisau
warna poster @ buncho
berus lukisan

Langkah 1
1. Lukis corak daun di atas keratan kad manila @ kotak.
2. Tebuk mengikut corak yang telah dilukis.
Langkah 2
1. Tekapkan corak di atas kertas lukisan.
2. Capkan corak-corak dengan warna pilihan.
Langkah 3
1. Sebaiknya capan dimulakan di bahagian atas kertas lukisan.
2. Susunan corak yang kemas akan menghasilan corak yang menarik.

Langkah 4
Hasil yang telah siap.

Beberapa contoh hasil kerja murid.

BIDANG 1 -Melukis Dan Membuat Gambar

BIDANG 1
Tajuk:
Lukisan

Contoh 1
salah satu lukisan murid yang menang tempat ke 3
Daerah Muar dalam pertandingan melukis poster sempena
Program
Anti Dadah Peringkat Daerah

Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4

Saturday 26 November 2011

Warna Panas Dan Warna Sejuk





Warna Panas


1. Terdiri daripada kumpulan warna merah, jingga dan 
    kuning, termasuk warna merah jingga, merah ungu, 
    dan kuning jingga.
2. Menimbulkan suasana yang ceria, meriah, riang dan 

    sebagainya
3. Warna-warna panas akan kelihatan lebih menonjol 

    kehadapan
4. Sesuai untuk catan bertemakan perayaan, peperangan, 

    kemeriahan, pesta dan sebagainya.
5. Contoh bahan-bahan sekitar yang di dalam kumpulan

    warna panas


kumpulan warna merah dari cili
bunga yang bewarna merah

6. Contoh karya yang menggunakan warna-warna panas. Penggunaan warna-warna merah, 
    hitam jingga dan kuning menimbulkan suasana panas pada karya-karya berikut di bawah:
merah, jingga, kuning, putih dan hitam dapat menimbulkan suasana panas dalam sesebuah karya

 merah dan jingga serta kuning

 Warna Sejuk

1. Merupakan kumpulan warna-warna biru, hijau, ungu, biru ungu, biru hijau dan merah ungu.
2. Menimbulkan suasana nyaman, selesa, sejuk, segar, sedih dan sunyi
3. Warna-warna ini menghasilkan ilusi kejauhan dan kebelakang
4. Sesuai jika digunakan untuk menghasilkan kertas dinding, catan bertema alam semulajadi, kesegaran
5. Contoh objek alam yang mempunyai kumpulan warna-warna sejuk seperti

laut dan langit

bunga lily berwarna ungu berlatarbelakang daun yang hijau

pemandangan di kawasan laut, warna biru dan ungu

warna biru dan hijau di dasar laut

6. Contoh karya seni yang menggunakan kumpulan warna sejuk seperti

penggunaan warna biru dan kesan sewarna

campuran warna biru , hijau dan ungu menimbulkan suasana sejuk

Friday 25 November 2011

Lukisan Dengan Cryon



Lukisan Dengan Warna Pensel



Kesan-Kesan Positif Semasa Mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan

Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai ‘3 R’ iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf ‘R’ adalah satu kata yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, sama ada kata-kata itu sesuai atau tidak, tujuannya tetap sama: seni perlu dijadikan ‘R’ keempat atau literasi asas selain membaca, menulis dan mengira. Ini kerana, Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3 bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni Pergerakan. Antara kesan-kesan positif semasa mengikuti Mata Pelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:


(i) Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Menjadi Lebih Seronok.

Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar. Contohnya, kaedah belajar secara bermain dapat membina dan menjalinkan perhubungan sosial sesama murid. Selain itu, perhubungan sesama murid juga dapat bertambah mesra dan dapat bekerjasama melalui aktiviti-aktiviti permainan secara kumpulan. Ini turut membantu dalam penyemaian nilai-nilai murni di dalam diri dan meningkatkan motivasi untuk mengikuti proses pembelajaran.


(ii) Memupuk Nilai Kerjasama

Secara semulajadi, kebanyakan aktiviti Seni Dalam Pendidikan tidak dapat mengelakkan murid-murid daripada terlibat dalam kegiatan yang berunsur kerjasama. Aktiviti berkelompok menuntut setiap individu bergerak dan berinteraksi secara bekerjasama untuk mencapai kejayaan bersama . Aksi-aksi yang terdapat dalam Seni Dalam Pendidikan merangkumi aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan mempunyai titik tolak interaksi sosial yang terjalin melalui deria sentuh. Komunikasi deria sentuh ini mempunyai asas yang boleh menjalin perhubungan sesama manusia yang membawa kepada konsep perpaduan.


(iii) Memenuhi Keperluan Sosial Yang Asas

Apabila semua murid berpeluang menyertai aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan minat dan kebolehan mereka, maka akan terbentuk satu situasi ideal yang dapat memenuhi kedua-dua matlamat sosial iaitu rasa ketermilikan dan keinginan diterima sebagai anggota kelompok.
Murid-murid mahukan dirinya diterima sebagai anggota sebuah kelompok dan pada masa yang sama memerlukan kasih sayang. Dalam kegiatan Seni Dalam Pendidikan, keperluan untuk belaian sekurang-kurangnya dipenuhi melalui pujian dan galakan yang diberi sebaik sahaja mereka memersembahkan aktiviti yang menarik.
Perhubungan mesra antara murid dengan murid dapat mewujudkan suasana yang harmonis dan menyebabkan murid merasakan bahawa guru dan rakan-rakan prihatin terhadap dirinya dan menghargai bakat yang dimiliki.


(iv) Murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1996), penerokaan dapat ditakrifkan sebagai penyelidikan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu yang belum diketahui. Penerokaan dapat dilaksanakan dengan cara menjelajah. Namun begitu, proses ini memerlukan pelbagai bahan dan kaedah. Pengalaman meneroka juga merupakan sesuatu situasi pembelajaran. Meneroka dijalankan dengan membuat eksperimen, menyelidik dan mencipta menggunakan pelbagai idea dan bahan. Penerokaan terbahagi kepada tiga kategori iaitu alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan.


(v) Luahan Perasaan Dan Aras Keyakinan Yang Tinggi.

Perasaan merupakan reaksi badan terhadap rangsangan yang diterima sama ada ia bersedia atau tidak. Di samping itu, perasaan juga mungkin dapat memberikan sumber manfaat dan kerugian kepada seseorang. Guru boleh mengagak perasaan sebenar murid melalui tingkah laku yang dipamerkan. Murid yang menyertai aktiviti-aktiviti seperti permainan boleh mewujudkan suasana keriangan, bebas daripada tekanan emosi dan membina kecekalan dalam menghadapi persaingan dan cabaran. Individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dapat melakukan aktiviti tanpa rasa segan atau bimbang mengenai pandangan orang lain terhadap dirinya. Oleh itu, setiap aktiviti yang dilakukan perlulah ada keyakinan supaya dapat menjamin keberkesanannya. 

Kesimpulannya, kesemua bidang Seni Dalam Pendidikan iaitu seni visual, muzik dan pergerakan perlu diintegrasikan kerana ketiga-tiga subjek ini mempunyai motif dan tujuan yang sama. Pengintegrasian ini akan memperkukuhkan dan memantapkan lagi kefahaman pelajar tentang tajuk-tajuk yang diajar.

Friday 28 October 2011

Lukisan Cat Air

Lagu Warna

Warna

Warna

Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

Oleh sebab persepsi warna berasal daripada kepekaan sel kon dalam retina yang berbeza-beza terhadap bahagian-bahagian spektrum yang berlainan, warna boleh ditakrifkan melalui tahap perangsangan sel-sel itu oleh panjang gelombang cahaya. Fisiologi warna dibincangkan di bawah.

Sains warna kekadang dipanggil kromatik dan termasuk persepsi warna oleh mata dan otak manusia, asal warna dalam bahan-bahan, teori warna dalam bidang seni, serta fizik sinaran elektromagnet dalam julat nampak (iaitu, apa yang kita biasa merujuk dengan mudah sebagai cahaya). Sebagai fenomena persepsi, warna seakan-akan pic dalam pendengaran, walaupun mekanisme-mekanisme pengamatan nada amat berbeza.

Jenis-jenis Warna

Warna Asas

Tiga warna asas. Dari kiri: Merah,Biru,kuning
warna asas merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer. warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu:  Merah, Biru, Kuning.

Warna Sekunder
Warna Sekunder ialah warna yang terhasil daripada campuran dua warna asas. tiga warna sekunder tersebut ialah:

Warna Asas 1
Campuran
Warna Asas 2
Hasil Warna
Merah
+
Kuning
Kuning
+
Biru
Biru
+
Merah

Warna Tertier
Campuran satu warna asas dengan warna sekunder di sebelahnya. Warna tertier terdiri daripada 6 warna.

Warna Asas
Campuran
Warna Sekunder
Hasil Warna
Kuning
+
Hijau
Kuning
+
Jingga
Merah
+
Jingga
Merah
+
Ungu
Biru
+
Ungu
Biru
+
Hijau

Ton Warna
Ton Warna disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.